Seminar Bijak Matematik

PENGENALAN

PROGRAM BIJAK MATEMATIK LAHIRKAN MODAL INSAN BERKUALITI

Program ini merupakan pelopor gerakan kepada semua golongan masyarakat bermula dari kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Modal insan yang berkualiti dapat dilahirkan dari generasi yang mewarisi ilmu. Semua negara dalam dunia ini menjadikan sistem pendidikan sebagai tonggak menghasilkan segala produk. Sejarah ketamadunan manusia juga bermula dengan peradaban ilmu dari berkurun lamanya sehingga berjaya melahirkan golongan cerdik pandai.

Pendidikan negara juga telah mengorak langkah dengan perubahan demi perubahan bagi memastikan kewujudan keseimbangan sosial ekonomi kekal. Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk capai sasaran negara maju menjelang 2020. Sejauh mana keupayaan masyarakat kita mentadbir negara dengan menjadikan kegiatan ekonomi sosial dan politik sebagai tunjangnya adalah menjadi persoalan kita sebagai warga dalam satu negara.

Kebimbangan saya, sebagai seorang guru yang berpengalaman mengajar matematik adalah untuk melahirkan seberapa banyak pelajar yang bijak matematik. Pelajar yang bijak matematik boleh berdikari dan mampu menterjemahkan keperluan kepada pengurusan diri, keluarga dan Negara.

Bukti pemilikan kaum bumiputra khususnya orang Melayu dalam kepentingan ekonomi negara belum mencapai koata yang ditetapkan dan masih jauh ketinggalan. Situasi ini akan menjadi tidak sihat apabila pelbagai gerakan samada badan politik atau bukan kerajaan sentiasa bertindak mencari jalan untuk perubahan. Kelemahan penguasaan sesuatu kaum itu dan apatah lagi kaum bumiputera sendiri boleh menyebabkan jurang perbezaan ekonomi yang ketara. Rentetan ini akan memungkinkan masalah berlarutan dan kadar pengganguran meningkat serta gejala sosial yang tiada kesudahannya.

Apabila ini berlaku, jaminkah kita untuk mengekalkan keamanan yang sedia kita kecapi kepada anak cucu kita nanti. Setiap tindakan yang kita lakukan adalah berdasarkan permasalahan,isu semasa serta laporan laporan kajian yang dijalankan oleh pelbagai agensi.

Perubahan dapat dilakukan dengan bermulanya dari bawah. Ini bukan soal tambah peruntukan, atau membina bangunan mencakar langit..dan kita bukan pula anti pembangunan tetapi hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana perlunya kita bergerak bertindak besar-besaran dengan bermula dari akar umbi lagi.

Untuk 10 tahun akan datang, kita boleh melahirkan masyarakat yang berdikari dan boleh membina kekuatan dari setiap segenap sudut samada di desa atau di bandar. Hari ini kita telah berjaya menyediakan fasarana yang baik kepada kemudahan sedia ada di serata pelusuk tetapi pada masa yang sama kita telah agak ketinggalan dengan sikap dan budaya masyarakat kita dalam kepentingan menguasai ilmu pendidikan kita.

Apakah benar kenyataan saya, berapa jumlah atau data yang menunjukkan kita menguasai kedudukan ekonomi negara kita sendiri. Anda sendiri amat memahaminya. Oleh itu saya akan ceritakan bagaimana Matematik dapat merungkai serba masalah dan melangkah sebagai pemegang agenda besar Negara.

MATEMATIK DITAKUTI !
BENARKAH ?


Dahulu, sewaktu saya bersekolah rendah..ramai kawan-kawan saya begitu tidak berminat dengan matematik, termasuklah saya..dengan garangnya cikgu sehinggakan mendengar tapak kasut pun saya sudah menggeletar. Kata-kata ”susah” sering bermain dan menjadi buah mulut dalam kelas. Tetapi perubahan telah berlaku kepada saya sewaktu di sekolah menengah apabila cara dan tingkahlaku guru yang mengajar matematik ini menggunakan pendekatan yang sangat menyeronokkan. Barulah saya sedar dan akui bahawa matematik itu mudah dan indah sebenarnya.

Kembali kepada situasi hari ini, ramai anak melayu khususnya beranggapan, matematik adalah mata pelajaran yang sukar dan membosankan serta bertambah rumit bila menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa maklumatnya. Apabila keluar saja ke sekolah menengah, mereka terus cuba lari dan meninggalkan matematik.

Saya bercakap ada buktinya, Ianya jelas bila kedudukan pelajar berbangsa melayu amat berkurangan untuk memilih jurusan sains dan matematik di peringkat universiti. Kesannya dapat dilihat apabila negara kekurangan pakar dalam bidang berkaitan. Akhirnya jadilah kita masyarakat yang mudah tertipu dan sering di eksploitasikan golongan lain. Lebih malang kita tidak dapat berdikari dan menjana idea untuk memajukan diri dan keluarga. Sebab itu lah saya ingin mengajak tuan puan bersama saya menjelajah negara tercinta untuk kita sama-sama belajar erti sebenar kehidupan dunia kanak-kanak dan ibubapa mempelajari matematik sebagai akses kehidupan seharian.

kehidupan seharian memerlukannya. Secara tidak langsung, ianya memudahkan mereka untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan matematik. Golongan sasaran kami adalah untuk kumpulan pelajar di peringkat akar umbi lagi. Yakinlah, bila diri pelajar sendiri meminati matematik, pasti segala-galanya akan menjadi mudah.

Pendekatan yang digunakan dalam program ini adalah perlaksanaan idea melalui gerakan seminar dan road show yang bakal mendedahkan pelbagai teknik dan kaedah mengajar serta belajar. Golongan pelajar dan ibubapa serta kumpulan guru merupakan sasaran utama pihak kami. Sikap pelajar sekolah rendah lebih tertarik terhadap cara pembelajaran yang kreatif, mudah difahami, dan menyeronokkan. Program ini juga akan memberi peluang kepada pelajar dan ibubapa yang tidak berkesempatan melayari internet dengan hanya menonton di skrin besar.

Seminar yang kami anjurkan ini melibatkan penglibatan secara langsung ibubapa bersama anak-anak ketika seminar ini berlangsung. Sekaligus ia memberi peluang kepada ibubapa untuk belajar dan mendalami matematik bersama dengan anak-anak. Oleh yang demikian ibubapa akan dapat satu teknik pembelajaran yang ’simple’ dan berkesan untuk dipraktikkan kepada anak-anak.

Kaedah pembelajaran yang menggunakan kaedah yang kreatif seperti teknik menghafal sifir melalui kaedah nyanyian,bina jadual sifir serta teknik guna jari adalah contoh pendekatan yang diambil oleh kami untuk mengetengahkan penguasaan matematik. Aplikasi yang disediakan ini boleh menghilangkan kebosanan pelajar untuk belajar matematik sekaligus menangkis perspektif negatif terhadap matematik yang dahulunya dianggap sukar untuk dikuasai.

Sumbangan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman akan dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan kaedah penyelesaian masalah matematik. Dengan ini, pelajar akan menganggap matematik bukan lagi satu masalah dan halangan untuk dikuasai oleh mereka.

InsyaALLAH dengan izin-NYA motivasi dalam diri pelajar untuk terus menguasai matematik dapat dipertingkatkan lagi. Secara tuntasnya, harapan negara untuk melahirkan modal insan seiring dengan hasrat untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan tarcapai.

No comments: